Arowana

Arowana

My Favourite

My Favourite

Yellow Arowana

Yellow Arowana

Monday, March 23, 2009

ha..cerita Best..

Sambungan : How 2 breed ikan keli, satu perkongsian ...

Salam sume...disini sy akan berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan tntg bagaimana untuk membuat kaedah pembiakan aruhan untuk keli (clarias gariepunus), suadah sedia maklum bahawa ikan keli ini sekarang telah menjadi salah satu makanan kegemaran masyarakat di Malaysia ini teutama di pantai barat.Fenomena ini menajadikan permintaan terhadap ikan ini menjadi semakin meningkat saban hari. Oleh yang demikian, ramai individu dan syarikat telah mencuba untuk mengambil peluang di atas demand terhadap ikan ini. Ada yang telah berjaya dan ade yang sebaliknya .Di samping ikan keli ini mendapat permintaan yg tinggi di pasaran tempatan untuk dijadikan makanan, benih2nya juga mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengusaha ikan air tawar .Terdorong daripada situasi ini yang menjanjikan pendapatan lumayan, ada dikalangan usahawan muda yg menceburi bidang pembenihan ini.Sy mengalu-alukan kesungguhan sahabat2 sumer, cume sebarang perkara yang kita hendak lakukan mestilah kita perlu mengetahui selok belok tentang perkara tersebut,mudahnya adalah kite mestilah ade ilmu dalam bidang ini.

Sy melihat ramai di kalangan masyarakat kita mudah teruja untuk mebuat perkara baru tanpa mengetahui caranya.ini yang menyebabkan kita akan menghadapi masalah jika ikan mati atau lain2 kerana kita tidak mengetahui cara yg sepatutnya.Tetapi PADA HEMAT SAYA, terdapat beberapa perkara yang mesti diteliti dahulu sebelum membuat pembenihan ini.

Secara ringkasnya ialah :
1. Permintaan pasaran tempatan
2. Tempat / hactery
3. Induk yg berkualiti
4. Alatan2 pembenihan
5. Bekalan air
6. Air-ration
Pada sy, terdapat 3 fasa dalam membuat kaedah pembenihan aruhan kering ikan keli ini. :


Induk2 yg belom di kawinkn..hehe






















Induk Jantan Induk Betina

Fasa pertama :

•Penyediaan tempat dan alatan yang sesuai untuk pembenihan seperti air perlulah ditakung sekurang-kurangnya 3 hari sebelum proses ini dilakukan.
•Dapatkan induk2 yang baik dan sihat untuk tujuan pembakaan yg lebih bermutu dan tahan lasak.
•‘Air-ration’kan air untuk tujuan meningkatkan kadar DO (kandungan Oksige larut dalam air) bagi memblehkan juvenil lebih selesa.
•Induk ikan tidak diberi makan 2 hari sebelum ‘injection’ berlaku.





Jantan dibelah perut












Betina diperah telurnya










ini telurnye











ini sperma









Fasa kedua :
•Fasa ini bermula pada hari kejadian,so mudahnyer kte just perlu menyediakan beberapa perkakas asas untuk proses injection.
•Seeloknyer dilakukan proses injection ini pada sebelah malam kerana suhu dan kondisi ikan tersebut lebih sesuai.
•Antara alat yg digunakan ialah jarum suntikan,tuala good morning, hormon ovaprim / ovatide, & mangkuk.
•Semasa proses ini dilakukan, pastikan ikan berada dalam keadaan paling selesa.
•Jangan bagi tekanan pada ikan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti telurnya.
•Dalam melakukan proses pembenihan ini, perlu dilakukan dengan teliti dan lemah lembut.Keli pun ada perasaan jugak.diorang pun nak diperlakukan dengan baik jugak kn???
•Proses tersebut dilakukan dengan penuh bersopan dan berhemah.Pengendalian ikan keli ini dilakukan dengan sungkupan.
•Setelah kita menangkap ikan tersebut, kita hendaklah gosok ikan tersebut kerana ianya adalah ‘kucing air tawar’...heheh.
•Pastikan dos yang hendak dimasukkan adalah sesuai dan tidak ‘overload’
•0.5 ml utk jantan dan 0.25 ml utk betina.
•Suntikan di dorsal adalah tempat terbaik dan efektif.
•Selepas suntik, pastikan pengendalian terhadap ikan tersebut dengan slow2..dan asingkan seekor demi seekor yer.




kacau telur ngn spermnyer















proses melepaskan telur dalam inkubator utk persenyawaan..heheh














Fasa ketiga :
•Selepas 10- 12 jam, proses seterusnya adalah persenyawaan telur betina dgn sperm jantan.
•Setiap ikan keli ini dikendalikan seekor demi seekor
•Jantan dan betina dilakukan serentak.betina akan diperah telur dan jantan dibelah perutnya.
•Proses ini dilakukan secepat mungkin dalam 10 minit sahaja.
•Selepas diperah telurnya kita akan lakukan proses saperate ini.
•Kacau telur ikan ini dengan menggunakan bulu ayam dan bilas telur tersebut dengan air.
•Apabila semuanya selesai, pastikan bekas tmpt telur disenyawakan tersebut sibekalkan dengan air-ration.
•24 jam kemudian, Insya Allah telur2 tersebut akan menetas menjadi anak ikan keli yg comey2.


Ni anak2 benih comey...
Haaaaa.....kalu nak maklumat lanjut sila comment yer..sekadar itu sahaja yer...ade pape, tanyer yer

2 comments:

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Salam,
terima kasih atas perkongsian ilmu.
Nak tanya, apa fungsi bulu ayam dalam pempenihan keli? kalau guna bulu2 yang lain tak jadi ek?

Kelisa said...

wkmslm...em xde pape..gune bulu angsa pun xpe..sbb bulu ayam dipilih adalah krn plg senang didapati..hehe

..Comelnyer..

..Comelnyer..

Kelisa membaca

Kelisa membaca

Subhanallah

Subhanallah

be active man

be active man