Arowana

Arowana

My Favourite

My Favourite

Yellow Arowana

Yellow Arowana

Wednesday, October 22, 2008

salam..

....salam,semoga sihat sume..kalau ade ape2 salah silap,sila berhubung dengan ambo terus..jgn la main belakang

Tuesday, July 15, 2008

..bioteknologi dalam kehidupan kita.

Pengenalan

Bioteknologi merupakan penggunaan hidupan untuk menghasilkan barangan atau penggunaan proses biologi untuk hasilkan barangan. Kini, apabila disebut sahaja bioteknologi, kebanyakannya sudah tentu membayangkan aspek kejuruteraan genetik, di mana para sainstis dilihat cuba megubah hidupan melalui aplikasi rekombinan DNA dan menghasilkan hidupan baru.



Teknologi Perubatan

Di sini ada beberapa contoh teknologi perubatan yang kerap digunapakai dalam perubatan menggunakan teknik bioteknologi.

a) Pemindahan organ
Di sini dinyatakan hukum yang diputuskan oleh Akademi Fiqh Islam:
1-Untuk memindahkan organ dari tubuh badan seseorang manusia lain perlu dipastikan pemindahan itu menghasilkan manfaat lebih besar berbanding mudarat yang timbul. Syaratnya ialah bertujuan mewujudkan kembali anggota yang hilang atau mengembalikan semula bentuknya atau fungsinya sebagaimana biasa untuk menghilangkan kecacatan yang boleh menimbulkan kesan psikologi dan fizikal pesakit.
2-Memindahkan organ dari tubuh badan seorang insan kepada insan lain sekiranya organ dipindahkan itu boleh membina segera seperti darah dan kulit. Syaratnya penderma itu mestilah seorang yang layak menderma dan memenuhi syarat dalam syarak.
3-Mengambil manfaat daripada organ yang dipotong dari tubuh badan seseorang dan diberikan kepada pesakit lain seperti kornea, kerana penyakit menimpa pesakit itu.
4-Haram pindahkan organ yang menjadi penggantungan hidup manusia lain seperti jantung.
5-Haram memindahkan organ daripada insan hidup yang mengganggu tugas utama dalam kehidupannya, walaupun keselamatan nyawanya tidak terganggu seperti 2 kornea.
6-Memindahkan organ daripada orang yang meninggal kepada yang hidup adalah diharuskan, walaupun organ tersebut menjadi penggantungan hidup manuia dan melaksanakan tugas-tugas utama, dengan syarat hendaklah mendapat persetujuan dahulu daripada si I sebelum meninggal ataupun waris terdekat selepas si mati atau persetujuan daripada pihak berkuasa jika wsi mati tiada waris ataupun tidak dikenali identitinya.


b) Mengesan penyakit melalui gen
1-Boleh menggunakan ilmu kejuruteraan genetik untuk memelihara tubuh badan daripada penyakit, merawatnya atau meringankan kemudaratan yang timbul oleh penyakit dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan yang besar.
2-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilah-wasilahnya dalam tujuan jahat dan yang diharamkan syarak.
3-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilahnya untuk mempermainkan manusia dan tanggungjawab individunya atau untuk campurtangan dalam persoalan binaan gen, atas dakwaan mencantikkan keturunan manusia.
4-Tidak harus sama sekali menjalankan apa-apa penyelidikan, rawatan atau pemeriksaan berkaitan gen manusia tertentu kecuali setelah mengambil prosedur yang diperlukan dan melihat bahaya dan faedah bakal diperoleh dari rawatan ini. Selepas mendapat persetujuan yang diterima syarak dan menjaga sepenuhnya rahsia berkaitan dengan natijah penyelidikan, hendaklah menjaga hokum-hukum syarak yang menghukumkan supaya menjaga hak-hak dan kemuliaan manusia.


c) Pengklonan
1-Haram mengklon manusia dengan cara apa sekalipun yang boleh memperbanyakkan bilangan manusia.
2-Haram untuk semua keadaan melibatkan pihak ke-3 dalam hubungan suami isteri, sama ada dalam bentuk sewa rahim, telur, sperma, atau sel badan untuk tujuan pengklonan.
3-Harus dari segi syarak menggunakan pengklonan dan kejuruteraan genetik untuk menyelidik mikrob, hidupan halus, tumbuh-tumbuhan dan binatang, dalam batasan yang dibenarkan syarak, asalkan boleh mendatangkan kemaslahatan kepada manusia dan menolak kemudaratan daripada mereka.


d) Persenyawaan in vitro
Semua cara persenyawaan adalah salah kecuali 2:
1-Benih suami dan isteri diambil dan disenyawakan secara luaran, kemudian ditanam ke dalam rahim isteri.
2-Benih suami diambil kemudian disuntik di tempat yang sesuai di dalam saluran uterus isterinya atau rahimnya secara luaran.
Kesemua cara selain 2 cara dinyatakan di atas telah diharamkan kerana dikhuatiri berlaku percampuran keturunan dan mengelakkan timbulnya kesamaran dalam menentukan hukum yang berkaitan dengan keduanya.


e) Penggunaan kolagen khinzir
1-Jika bahan ini cair ketika diproses bersama dengan bahan kimia, di mana tiada lagi zatnya, maka menggunakannya sebagai ubat adalah harus kerana zat yang terdapat pada tulang khinzir telah mengalami proses istihalah(berubah rupa bentuk, rasa dan bau) bersama bahan lain. Jika zatnya masih ada walaupun sedikit, tidak harus menggunakannya untuk perubatan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berubatlah kamu sekelian tetapi jangan berubat dengan benda yang haram.”
2-Walaubagaimanapun, untuk langkah berhati-hati, lebih baik mengambil ubat daripada binatang lain yang halal. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas. Antara kedua-duanya adalah perkara-perkara yang tidak jelas, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa mengelakkan diri daripada perkara syubhah, bermakna telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, bererti terjerumus ke dalam perkara haram sepertimana seorang pengembala yang mengembala binatang di tepi pagar kawasan larangan, lambat laun akan terjerumus ke dalam kawasan larangan itu. Sesungguhnya setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, bererti baiklah seluruh jasad. Jika rosak daging itu, bererti rosaklah seluruh jasad. Itulah hati.”


f) Penggunaan insulin khinzir untuk pesakit kencing manis
1-Jika insulin diambil daripada khinzir itu sudah berubah sama sekali sifat asalnya, malah timbul bahan baru yang berbeza sekali dengan asal, baik dari segi nama, kriteria mahupun sifat-sifatnya (mengalami proses istihalah), maka hukum menggunakannya adalah halal dan suci.
2-Walaubagaimanapun, penggunaannya hanya ketika darurah sebagaimana resolusi Nadwah Fiqh ke-8:
“Insulin yang berasal dari khinzir, harus digunakan oleh pesakit kencing manis dengan syarat dalam keadaan darurah dan meraikan neraca-neraca syariat.”

Wallahu’alam…



Barakallahufikh... =)

Wednesday, July 2, 2008

kelebihan mengingati mati

salam sume..


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.

Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Tepat pada waktu

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.

Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaatpun.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.

Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya.

Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

Ajal ketetapan Allah SWT

Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raaf, ayat 34).

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan- Nya selalu. Amin.

BEWARE!!!!!!

Tuesday, July 1, 2008

Sila beri tunjuk ajar

Salam kepada sume sahabat & kawan2, ambo baru nak blaja2 jd blogger..sila tunjuk ajar.Moga di atas sume perkara yang dilakukan senantiasa mendapat keberkatan Allah S.W.T

..Comelnyer..

..Comelnyer..

Kelisa membaca

Kelisa membaca

Subhanallah

Subhanallah

be active man

be active man