Arowana

Arowana

My Favourite

My Favourite

Yellow Arowana

Yellow Arowana

Tuesday, July 15, 2008

..bioteknologi dalam kehidupan kita.

Pengenalan

Bioteknologi merupakan penggunaan hidupan untuk menghasilkan barangan atau penggunaan proses biologi untuk hasilkan barangan. Kini, apabila disebut sahaja bioteknologi, kebanyakannya sudah tentu membayangkan aspek kejuruteraan genetik, di mana para sainstis dilihat cuba megubah hidupan melalui aplikasi rekombinan DNA dan menghasilkan hidupan baru.



Teknologi Perubatan

Di sini ada beberapa contoh teknologi perubatan yang kerap digunapakai dalam perubatan menggunakan teknik bioteknologi.

a) Pemindahan organ
Di sini dinyatakan hukum yang diputuskan oleh Akademi Fiqh Islam:
1-Untuk memindahkan organ dari tubuh badan seseorang manusia lain perlu dipastikan pemindahan itu menghasilkan manfaat lebih besar berbanding mudarat yang timbul. Syaratnya ialah bertujuan mewujudkan kembali anggota yang hilang atau mengembalikan semula bentuknya atau fungsinya sebagaimana biasa untuk menghilangkan kecacatan yang boleh menimbulkan kesan psikologi dan fizikal pesakit.
2-Memindahkan organ dari tubuh badan seorang insan kepada insan lain sekiranya organ dipindahkan itu boleh membina segera seperti darah dan kulit. Syaratnya penderma itu mestilah seorang yang layak menderma dan memenuhi syarat dalam syarak.
3-Mengambil manfaat daripada organ yang dipotong dari tubuh badan seseorang dan diberikan kepada pesakit lain seperti kornea, kerana penyakit menimpa pesakit itu.
4-Haram pindahkan organ yang menjadi penggantungan hidup manusia lain seperti jantung.
5-Haram memindahkan organ daripada insan hidup yang mengganggu tugas utama dalam kehidupannya, walaupun keselamatan nyawanya tidak terganggu seperti 2 kornea.
6-Memindahkan organ daripada orang yang meninggal kepada yang hidup adalah diharuskan, walaupun organ tersebut menjadi penggantungan hidup manuia dan melaksanakan tugas-tugas utama, dengan syarat hendaklah mendapat persetujuan dahulu daripada si I sebelum meninggal ataupun waris terdekat selepas si mati atau persetujuan daripada pihak berkuasa jika wsi mati tiada waris ataupun tidak dikenali identitinya.


b) Mengesan penyakit melalui gen
1-Boleh menggunakan ilmu kejuruteraan genetik untuk memelihara tubuh badan daripada penyakit, merawatnya atau meringankan kemudaratan yang timbul oleh penyakit dengan syarat tidak menimbulkan kemudaratan yang besar.
2-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilah-wasilahnya dalam tujuan jahat dan yang diharamkan syarak.
3-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilahnya untuk mempermainkan manusia dan tanggungjawab individunya atau untuk campurtangan dalam persoalan binaan gen, atas dakwaan mencantikkan keturunan manusia.
4-Tidak harus sama sekali menjalankan apa-apa penyelidikan, rawatan atau pemeriksaan berkaitan gen manusia tertentu kecuali setelah mengambil prosedur yang diperlukan dan melihat bahaya dan faedah bakal diperoleh dari rawatan ini. Selepas mendapat persetujuan yang diterima syarak dan menjaga sepenuhnya rahsia berkaitan dengan natijah penyelidikan, hendaklah menjaga hokum-hukum syarak yang menghukumkan supaya menjaga hak-hak dan kemuliaan manusia.


c) Pengklonan
1-Haram mengklon manusia dengan cara apa sekalipun yang boleh memperbanyakkan bilangan manusia.
2-Haram untuk semua keadaan melibatkan pihak ke-3 dalam hubungan suami isteri, sama ada dalam bentuk sewa rahim, telur, sperma, atau sel badan untuk tujuan pengklonan.
3-Harus dari segi syarak menggunakan pengklonan dan kejuruteraan genetik untuk menyelidik mikrob, hidupan halus, tumbuh-tumbuhan dan binatang, dalam batasan yang dibenarkan syarak, asalkan boleh mendatangkan kemaslahatan kepada manusia dan menolak kemudaratan daripada mereka.


d) Persenyawaan in vitro
Semua cara persenyawaan adalah salah kecuali 2:
1-Benih suami dan isteri diambil dan disenyawakan secara luaran, kemudian ditanam ke dalam rahim isteri.
2-Benih suami diambil kemudian disuntik di tempat yang sesuai di dalam saluran uterus isterinya atau rahimnya secara luaran.
Kesemua cara selain 2 cara dinyatakan di atas telah diharamkan kerana dikhuatiri berlaku percampuran keturunan dan mengelakkan timbulnya kesamaran dalam menentukan hukum yang berkaitan dengan keduanya.


e) Penggunaan kolagen khinzir
1-Jika bahan ini cair ketika diproses bersama dengan bahan kimia, di mana tiada lagi zatnya, maka menggunakannya sebagai ubat adalah harus kerana zat yang terdapat pada tulang khinzir telah mengalami proses istihalah(berubah rupa bentuk, rasa dan bau) bersama bahan lain. Jika zatnya masih ada walaupun sedikit, tidak harus menggunakannya untuk perubatan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berubatlah kamu sekelian tetapi jangan berubat dengan benda yang haram.”
2-Walaubagaimanapun, untuk langkah berhati-hati, lebih baik mengambil ubat daripada binatang lain yang halal. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas. Antara kedua-duanya adalah perkara-perkara yang tidak jelas, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa mengelakkan diri daripada perkara syubhah, bermakna telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, bererti terjerumus ke dalam perkara haram sepertimana seorang pengembala yang mengembala binatang di tepi pagar kawasan larangan, lambat laun akan terjerumus ke dalam kawasan larangan itu. Sesungguhnya setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, bererti baiklah seluruh jasad. Jika rosak daging itu, bererti rosaklah seluruh jasad. Itulah hati.”


f) Penggunaan insulin khinzir untuk pesakit kencing manis
1-Jika insulin diambil daripada khinzir itu sudah berubah sama sekali sifat asalnya, malah timbul bahan baru yang berbeza sekali dengan asal, baik dari segi nama, kriteria mahupun sifat-sifatnya (mengalami proses istihalah), maka hukum menggunakannya adalah halal dan suci.
2-Walaubagaimanapun, penggunaannya hanya ketika darurah sebagaimana resolusi Nadwah Fiqh ke-8:
“Insulin yang berasal dari khinzir, harus digunakan oleh pesakit kencing manis dengan syarat dalam keadaan darurah dan meraikan neraca-neraca syariat.”

Wallahu’alam…



Barakallahufikh... =)

0 comments:

..Comelnyer..

..Comelnyer..

Kelisa membaca

Kelisa membaca

Subhanallah

Subhanallah

be active man

be active man